15 Tips Cara Menjaga Dan Menggunakan Mesin Waffle Dengan Betul

TIPS GUNA MESIN WAFFLE

15 Tips Dan Cara Menggunakan Mesin Waffle Dengan Betul (Mesin Waffle Brand Eagle Sahaja)

———————————————————-

.

1. Pasang plug mesin waffle di soket elektrik rumah/kedai anda. Pastikan anda pasang di soket ‘single’. Elakkan berkongsi plug mesin waffle dengan lain-lain peralatan atau elakkan menggunakan extension board.

.
2. Kuasa mesin waffle adalah tinggi iaitu 2000Watt. Setiap belah mesin menghasilkan kuasa sebanyak 1000Watt. Jika menggunakan extension board, pastikan ia mampu menampung kuasa yang lebih dari 2000Watt.

.
3. Pastikan aliran elektrik di kedai/rumah anda mencukupi untuk bahagian soket mesin waffle. DB (papan elektrik utama) di kedai/rumah anda seeloknya mempunyai fius 20A-32A untuk bahagian soket yang digunakan untuk mesin waffle.

.
4. Untuk penjagaan mesin berterusan:
a. Sapu sedikit minyak setiap kali ingin memasak waffle supaya waffle tidak melekat.
b. Gunakan berus sintetik tahan panas untuk sapu minyak di acuan dan untuk membersihkan acuan dari kotoran.
c. Elakkan menggunakan benda tajam dari besi untuk membersihkan acuan kerana boleh menyebabkan acuan rosak.
d. Elakkan menggunakan bahan plastik atau bulu berus yang boleh melekat dengan mesin. Hal ini boleh merosakkan mesin dan membahayakan kesihatan pelanggan.
e. Bersihkan mesin setiap kali lepas digunakan.

.
5. Naikkan suhu secara berkala. Maksudnya naikkan dari 0 ke 50 celcius. Aapabila lampu ‘oren’ padam, naikkan lagi ke 100. Kemudian lampu padam naikkan lagi ke 150 dan seterusnya naikkan ke 200 atau 220.

.
6. Apabila suhu telah mencapai 200 @ 220 biarkan seketika (lebih kurang 15 minit) untuk haba menjadi sekata di dalam acuan waffle tersebut.

.
7. Jangan naikkan terus temperature dari 0 ke 200 celcius. Ini boleh menyebabkan pendawaian elektrik dalam mesin cepat rosak.

.
8. Suhu yang sesuai digunakan untuk memasak waffle adalah 200-220 celcius.

.
9. Jika tiada waffle untuk dimasak (standby mode) suhu, boleh diturunkan ke 100-150 celcius. Hal ini bertujuan menjaga pendawaian elektrik di dalam mesin supaya tidak mudah rosak dengan haba yang tinggi sepanjang masa.

.
10. Tutup acuan waffle apabila dalam keadaan standby mode untuk mengekalkan haba dalam acuan dan untuk menjimatkan elektrik. Jangan biar acuan mesin terbuka.

.
11. Jangan OFF mesin jika tiada waffle untuk dimasak. Biarkan dalam keadaan standby mode. Salah jika baru nak buat waffle, baru nak ON mesin. Sebab waffle akan jadi lembik dan penggunaan elektrik juga akan meningkat.

.

12. Letakkan mesin di tempat yang stabil. Araskan meja supaya menjadi stabil supaya waffle yang di buat juga menjadi sekata.

.

13. Apabila lampu oren pada mesin menyala, maksudnya mesin sedang memanas. Jika lampu oren pada, maksudnya mesin dalam biasa dan tidak memanas.

.
14. Jangan pegang bahagian atas mesin ketika mesin dalam keadaan panas kerana boleh mencederakan.

.

15. Tutup dan cabut plug mesin dari soket apabila tidak digunakan