PAKEJ ASAS WAFFLE

PENGENALAN

Kami mohon anda baca dengan teliti dan FOKUS kerana apa yang kami kongsikan dengan anda di bawah ini adalah seperti ‘e-book’ yang mungkin ada NILAI harga tertentu. Tapi kami kongsikan dengan PERCUMA.

Ini adalah sumber ILMU sebelum anda mulakan BISNES WAFFLE anda. TIADA ‘UPSELL’ barang atau pakej ribuan ringgit. TIADA AGENDA TERSEMBUNYI. Kami hanya mahu TOLONG anda mulakan BISNES WAFFLE anda sendiri.

7 SEBAB BUAT BISNES WAFFLE

1. Mudah dan cepat. Hanya kurang 30 minit preparation bancuhan dan panaskan mesin dah boleh start. Tak perlu pergi pasar pagi-pagi dan sebagainya macam bisnes makanan lain

2. Bahan mentah yang tahan lama. Tepung dan jem yang kami bekalkan tahan lama jika tidak digunakan

3. Kos permulaan yang rendah. Kos bahan mentah yang murah dan senang didapati. Untung yang tinggi/sesuai untuk perniagaan makanan.

4. Staff seorang ke dua orang dah cukup. Senang nak latih jika staff selalu bertukar/besilih ganti

5. Bersih dan tidak mengotorkan tempat

6. Permintaan yang tinggi dan sentiasa ada kerana waffle adalah makanan yang ‘evergreen’. Tiada trend naik turun dalam pasaran. Dari zaman dahulu sampai sekarang orang suka makan waffle

7. Tanggungjawab sebagai muslim untuk menjual makanan kepada muslim dan masyarakat lain

7 KELEBIHAN BISNES WAFFLE DENGAN FAMOUS WAFFLE

1. Bukan Francais/Bukan Licensing (tiada bayaran bulanan dikenakan atau bayaran permulaan yang tinggi untuk menggunakan produk kami)

2.Boleh menggunakan jenama sendiri jika anda mahu walau menggunakan bahan mentah dari kami. Ramai usahawan yang hebat menggunakan tepung kami secara RAHSIA dan menggunakan JENAMA waffle mereka sendiri

3. Konsultansi yang berterusan dari pihak kami

4. Kami syarikat yang berpengalaman selama hampir 7 tahun. Kami sendiri pernah menjual waffle dan telah membuat jualan ratusan ribu ringgit dari bisnes waffle ini

5. Telah ramai usahawan waffle yang telah kami lahirkan dan ramai yang telah berjaya/sangat berjaya

6. 100% syarikat muslim

7. Tepung Premix Waffle kami telah mengalami penyelidikan dan pembaharuan selama lebih kurang 7 tahun. Tepung ini kami uji sendiri kepada pelanggan-pelanggan yang datang ke pasaraya yang terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya Melayu, Cina dan India

6 ‘JANGAN’ DAN RISIKO BISNES WAFFLE

1. Jangan sewa di tempat yang mahal sewa bulanannya. Pastikan mampu dan mudah untuk bayar secara bulanan. Tumpang sewa di mana lokasi-lokasi yang sesuai. Kita hanya perlukan ruang sekitar 10×10 kaki sahaja atau kurang untuk berniaga

2. Jangan cari tempat sewa yang terlalu ketat peraturan. Elakkan tuan sewa yang buat peraturan contohnya seperti perlu buka setiap hari dan cuti 2 hari setahun sahaja. Kalau tak buat kena denda dan sebagainya

3. Jangan ambil pekerja yang ramai untuk permulaan. Cukup 1-2 orang untuk jalankan bisnes waffle. Mula dengan staf part time jika kurang mampu.

4. Jangan bazirkan duit untuk pengubahsuaian kedai. Biar simple asalkan lokasi dan strategi jualan kita menarik dan betul. Yang penting mulakan bisnes waffle dahulu. Naik taraf kedai di kemudian hari

5. Jangan letak harga jualan waffle yang salah

6. Jangan jadi usahawan yang tak berdisiplin. Pastikan anda tetapkan hari dan waktu operasi yang konsisten setiap hari.

7 POTENSI BISNES WAFFLE

1. Mudah tambah cawangan. Strategi kos permulaan perniagaan yang rendah dan mudah dikendalikan menjadi bisnes waffle cepat berkembang. Ada usahawan di bawah kami yang berjaya membuka 3 cawangan dalam masa setahun!

2. Ramai yang jadikan bisnes waffle sebagai punca pendapatan utama hidup bagi menyara keluarga. Tapi anda jangan terus berhenti kerja. Cuba dahulu, jika ok baru teruskan untuk buat bisnes sepenuh masa

3. Boleh buat duit banyak. Ya memang ada usahawan waffle yang betul-betul berjaya dan betul-betul buat duit dengan banyak

4. Sepanjang PKP, PKPB, PKPP dan Lockdown waktu Covid-19, Alhamdulillah bisnes waffle masih boleh beroperasi seperti biasa (sektor makanan). Dan yang paling mengejutkan, kebanyakan usahawan berniaga seperti biasa dan seperti tiada penurunan jualan. Alhamdulillah

5. Perniagaan evergreen. Tak perlu susah-susah nak diperkenalkan dan nak diviralkan. Memang makanan yang orang Malaysia dok makan berbelas tahun dah. Orang tengok dan bau waffle je beli.

6. Mudah dikembangkan jualan melalui delivery foodpanda, grab, runner dan sebagainya. Memang ramai dah usahawan buat dan memang buat duit. InsyaAllah kualiti waffle terjaga

7. Senang bisnes waffle ni nak banding bisnes makanan lain dan margin untung yang ‘sedap’. Nak inovasi menu pun senang. Tak perlu jadi chef dan sebagainya.

7 PERSEDIAAN SEBELUM BERNIAGA WAFFLE

1. Lokasi perniagaan. Cari lokasi yang strategik. Golongan perempuan, orang muda, remaja dan golongan kanak-kanak paling suka makan waffle. Ramai je sekarang bermula dari rumah. Kadang-kadang ada setengah lokasi rumah tu memang strategik dan kena dengan sasaran pelanggan. Dan sekarang pun boleh buat ‘delivery’. Kalau dah ada tapak kedai, boleh buat tambah jual waffle sekali. Ramai juga buat macam ni

2. Marketing. Labur duit untuk pemasaran dan belajar tentang pemasaran bukan untuk renovasi kedai. Belajar dengan guru-guru pemasaran. Nak buat iklan di facebook, instagram, google, tik tok, banner, flyers, whatsapp, telegram. Yang penting orang sekitar tahu anda jual waffle dan orang beli berulang-ulang kali waffle anda. Itulah namanya Marketing. Dan belajar juga customer service. Nak jaga pelanggan

3. Rancang strategi perniagaan. Tetapkan menu, harga jualan. Cara jualan melalui walk in, delivery dan sebagainya. Nak cari agen atau nak supply waffle dekat tadika, sekolah, universiti, kilang dan lain-lain. Nak masuk catering kenduri, set party ke. Eh semua yang kami cakap ni ada usahawan-usahawan bawah kami yang dah buat juga sebenarnya

4. Berlatih buat waffle dahulu sebelum betul-betul mula buat jualan. Tak perlu berlatih sampai cekap. Ambil masa sangat tu. Berlatih agar sampai waffle jadi dan ada sedikit keyakinan. Untuk jadi betul-betul expert, memerlukan masa sedikit

5. Bersedia mental dan fizikal dan banyakkan bergantung kepada Allah. Buat apa yang Allah dan Nabi suruh, tinggalkan apa yang dilarang, insyaAllah ada rezeki anda. Bukan semuanya terletak atas usaha kita. Sebenarnya usaha kita amat sedikit berbanding rezeki dan rahmat dari Allah. Ini yang paling penting dalam berniaga dan dalam hidup kita

6. Jangan malu bertanya dengan kami. InsyaAllah kami cuba tolong setakat termampu jika ada masalah berkaitan buat waffle dan perniagaan waffle. Akan ada cabaran-cabaran yang akan anda hadapi tapi insyaAllah setiap masalah ada penyelesaiannya.

7. Lepas dah berniaga dan yakin dengan kemampuan bisnes waffle, boleh mula daftar SSM, Majlis Perbandaran dan Kementerian Kesihatan. Ini je yang wajib untuk permulaan. Nanti dah maju boleh buka akaun bank syarikat, daftar PERKESO, KWSP dan LHDN pula

PAKEJ PERNIAGAAN WAFFLE

Konsep yang kami bawa untuk pakej perniagaan waffle ialah konsep ‘Start Up”. Kita bermula kecil dengan apa yang ada. Bermula dengan mesin yang betul, tepung yang betul serta jem yang betul, insyaAllah perjalanan bisnes waffle kita akan jadi mudah dan menguntungkan.

Jika kita bermula dengan langkah yang salah, perjalanan bisnes kita akan bermasalah dan meletihkan. Bayangkan kita bermula dengan tepung dan jem yang salah. Orang datang beli dan tak kembali. Dalam bisnes makanan, produk perlu bagus. Dan kita perlukan pembelian berulang dari pelanggan kita.

Konsep start-up sesuai untuk orang yang baru nak bermula dalam bidang bisnes ataupun orang yang telah lama berniaga dan ingin tambah produk waffle di premis sedia ada mereka. Dengan konsep ini kita mampu mengawal risiko perniagaan kita dengan baik.

Sediakan satu tempat menarik seperti kiosk kecil atau sebagainya dan kita dah boleh berniaga waffle. Laburkan sedikit duit dan masa untuk tujuan pemasaran. Pastikan orang tahu kita jual waffle.

Kembangkan perniagaan melalui apps penghantaran atau ambil order dari kawasan sekerja setempat. Tambah produk lain yang bersesuaian seperti aiskrim dan sebagainya. Aiskrim boleh hubungi pengeluar aiskrim seperti nestle, walls dan lain-lain untuk tujuan sewaan peti aiskrim.

Apabila kita telah nampak potensi perniagaan waffle yang kita jalankan, barulah kita upgrade bisnes kita secara berpatutan. Boleh tambah mesin waffle, tambah staff atau tambah cawangan.

TEPUNG DAN JEM SENJATA UTAMA UNTUK BERJAYA BISNES WAFFLE

Produk yang kita jual mesti bagus. Kalau kita pandai marketing macam mana sekalipun, kita pasarkan produk yang tak bagus, orang beli sekali atau dua kali sahaja. Lepas tu tak beli dah.

Produk makanan wajib sedap atau istimewa. InsyaAllah baru boleh bertahan lama. Bisnes makanan mainannya ‘repeat order’. Kalau tiada repeat order atau penggemar makanan kita, memang kita tak boleh survive dalam bisnes waffle.

Waffle nak sedap mesti kena guna ‘kombinasi’ tepung dan jem yang betul. Tak betul, tak sedap waffle kita. Jangan risikokan perniagaan anda dengan menggunakan bahan yang salah.

Play video di bawah untuk kualiti waffle.

PERALATAN MEMBUAT WAFFLE

Kami senaraikan peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan waffle.

1. Mixer. Hand mixer pun boleh

2. Bekas bancuhan tepung. Saiz bekas elok guna bekas jem 5kg

3. Penyepit

4. Berus tahan panas

5. Bekas Jem. 6 slot

6. Pisau jem. 6pcs

7. Jaring besi dan tray

8. Pisau untuk potong waffle

9. Senduk

10. Paper bag

11. Beg plastik

12. Banner

13. Menu jualan

14. Cawan penyukat

Peralatan yang kami jual insyaAllah peralatan yang tepat untuk anda mula berniaga waffle. InsyaAllah tahan lama semuanya dan berkualiti. Peralatan yagn betul supaya pergerakan pembuatan waffle anda cepat dan cekap.

Anda tak perlu nak beli barang yang salah. Semua peralatan yang kami jual ni ada keistimewaannya dan sebab-sebab tersendiri untuk hasilkan kualiti waffle yang terbaik.

Dekat luar sana ada jual banyak jenis peralatan. Mungkin kurang sesuai untuk buat waffle dengan cepat dan cekap. Peralatan yang betul adalah penting untuk anda buat waffle dengan cekap dan cepat.

Dah ada semua peralatan ini, insyaAllah dah boleh start bisnes waffle anda. Peralatan kat bawah ni, kami ada jual juga kalau anda nak beli dengan kami

KONSULTANSI SECARA ONLINE PERCUMA

Untuk makluman anda, kami dah latih lebih daripada 300 usahawan waffle seluruh Malaysia. Bahkan kita juga pernah dihubungi dari orang luar negara seperti Brunei, Singapore, Thailand dan Indonesia untuk memiliki pakej perniagaan waffle dan membeli tepung waffle keluaran kami.

Hampir 90% daripada usahawan sebelum ini kami latih hanya secara online. InsyaAllah kami yakin dengan modul latihan kami, usahawan baru mampu membuat waffle menggunakan teknik dan cara yang telah kami sediakan.

InsyaAllah jangan risau, kami akan cuba bantu anda setakat termampu supaya anda berjaya buat waffle seterusnya boleh mula jual waffle. Kami sediakan cara bancuhan tepung waffle secara bertulis beserta tips-tips khas. Kami juga akan beri link video cara bancuhan tepung serta cara membuat waffle.

Jika anda masih mempunyai masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami semula melalui whatsapp atau call kami. Jangan malu bertanya dengan kami. InsyaAllah kami akan cuba bantu setakat yang kami mampu.

InsyaAllah semua masalah yang bakal anda hadapi dalam proses membuat waffle, ada jalan penyelesaiannya. Semua konsultansi secara online adalah PERCUMA.

LATIHAN SECARA BERSEMUKA

Bagi yang ingin menerima konsultansi secara bersemuka, pihak kami ada sediakan juga. Kami kenakan cas RM100 untuk latihan ringkas di premis kami. Masa latihan adalah lebih kurang satu jam. Anda akan menerima latihan secara personal dengan kami. Bukan kelas berkumpulan.

Cara membancuh tepung waffle, membuat waffle dan tips-tips berkaitan penyediaan waffle. Anda boleh tanya apa-apa yang berkaitan waffle kepada kami.

PENGIRAAN KEUNTUNGAN JUALAN WAFFLE

Pengiraan di bawah ini adalah pengiraan purata bagi sesebuah lokasi perniagaan waffle. Ada usahawan yang buat jualan kurang dari ini dan memang ada yang buat jualan melebihi daripada kiraan ini.

Terpulang strategi perniagaan anda. Memang ada usahawan yang ada lebih dari satu cawangan kedai waffle. Mudah nak set up bisnes waffle ni dan modal permulaan sangat rendah. InsyaAllah memang berbaloi-baloi bisnes waffle ni.

Kami mengambil kira kos bahan mentah paling mahal untuk menjadikan kiraan ini selamat. Anda mungkin boleh jimatkan kos dengan menggunakan minyak dan telur yang lebih murah.

NOTA: HARGA TEPUNG WAFFLE DAN BAHAN MENTAH MUNGKIN BERUBAH DARI SEMASA KE SEMASA. PENGIRAAN INI HANYALAH PENGIRAAN ASAS. SILA UBAH KIRAAN SENDIRI BERDASARKAN HARGA SEMASA

MAKSUD ‘SHORTCUT’ UNTUK BERJAYA DAN KONSULTANSI PERCUMA

Kami dulu mengambil masa 2 tahun untuk belajar buat bisnes waffle ni. Tahun ke 3 baru kami stabil dalam bisnes waffle. Banyak masalah yang kami hadapi. Banyak duit yang kami leburkan. Banyak masa dan tenaga yang dikorbankan. Banyak tahun baru boleh pulang modal. Kami tiada tempat atau orang untuk kami rujuk jika berlaku masalah dan pertanyaan.

Kelebihan yang usahawan ambil pakej dengan kami adalah, anda boleh BERTANYA kepada kami jika ada masalah selagi kami termampu insyaAllah kami akan jawab. Kami pun tak tahu semua benda. Tapi banyak perkara yang kami usahawan waffle telah lalui. Penting dalam bisnes waffle ni jika ada masalah dan anda nak selesaikan masalah tersebut dengan cepat dan betul.

Bermula dengan mesin yang betul, tepung yang betul, jem yang betul dan peralatan yang betul, anda dah shortcut banyak masa dan menjimatkan banyak duit anda sebenarnya.

Ramai usahawan yang bermula dengan kami, kami lihat cepat NAIK dalam bisnes waffle. Kurang beberapa bulan dah boleh balik modal dan untung bersih dalam bisnes waffle.

Itulah yang kami maksudkan dengan konsultansi percuma dan shortcut. Tiada cas dikenakan untuk kami jawab pertanyaan anda. Tiada yuran bulanan atau tahunan atau cas konsultansi yang kami kenakan. Shortcut dengan bermula dengan mesin, bahan mentah dan peralatan yang betul.

Kami tidak ‘guide’ atau bantu anda satu demi satu sehingga anda berjaya buat duit. Anda perlu berusaha sendiri dan bergantung kepada Allah untuk berjaya. Masih perlu bersabar dan terus belajar tentang Marketing dan Pengurusan Bisnes. Tiada jaminan untuk berjaya dalam bisnes waffle ini atau apa-apa bisnes. Semua rezeki telah Allah tetapkan. Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha dan berdoa. InsyaAllah Allah akan tolong kita. Jangan terlalu takut untuk mencuba. Dan jangan bergantung dan berharap dengan kami, tapi berharaplah dengan Allah. InsyaAllah anda tidak akan kecewa.

DAH READY KE NAK BISNES WAFFLE?

Jadi selesai lah penerangan kami bagi anda yang ingin memulakan bisnes waffle anda sendiri.

Senang je kan?

Bertindak dengan pantas. Mulakan bisnes waffle anda sekarang! Tak cuba tak tahu. Modal kecik je. Tak rugi cuba. Ramai yang tak sampai sebulan dah balik modal yang dikeluarkan.

Dengan niat yang baik. InsyaAllah ada rezeki kita bersama.

KLIK BUTANG DI BAWAH UNTUK TERUS WHATSAPP KE NOMBOR KHIDMAT PELANGGAN KAMI

SOALAN LAZIM

1. 1kg bancuhan tepung boleh hasilkan berapa biji waffle?

Jawapan: 16-17 keping waffle saiz tebal dan 17-19 keping ke atas waffle saiz nipis. (bergantung kepada saiz acuan)

2.  Apa yang perlu ditambah dalam bancuhan?

Jawapan: Hanya perlu tambah air, telur dan minyak mengikut sukatan yang diberikan.

3. Berapa lama jangka hayat bancuhan tepung?

Jawapan: Jika tuan/puan simpan dalam peti ais selepas bancuh, boleh tahan hingga 3 hari. Jika bancuhan di letak di luar peti ais, tuan/puan boleh simpan dalam peti ais di malam hari dan boleh guna lagi keesokan harinya.

4. Adakah tepung waffle ini rangup?

Jawapan: Ya jika mengikut panduan dan cara yang kami berikan

5. Mesin guna elektrik ke gas?

Jawapan: Elektrik

6. Adakah kami akan di ajar cara masak waffle?

Jawapan: Ya. Kami beri panduan melalui youtube, rajah gambar bertulis dan tuan/puan boleh hubungi kami melalui call, mesej dan whatsapp juga jika masih ada masalah. InsyaAllah kami akan bantu anda hingga boleh buat waffle.

7. Bagaimana jika mesin rosak?

Jawapan: Anda boleh hubungi pengeluar sendiri untuk proses membaiki mesin.

8. Berapa lama masa penghantaran?

Jawapan: 1-3 hari bekerja selepas pengesahan tempahan dan bayaran dilakukan.

9. Tak rosak ke hantar barang jauh-jauh?

Jawapan: InsyaAllah selamat. Barang tuan/puan dilindungi insurans sehingga RM200.

“Belajar dari pakar, anda akan jadi pakar dan shortcut untuk berjaya dalam bisnes waffle insyaAllah”

KLIK BUTANG DI BAWAH UNTUK TERUS WHATSAPP KE NOMBOR KHIDMAT PELANGGAN KAMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.