TEPUNG WAFFLE

SENARAI HARGA BAHAN MENTAH

KELEBIHAN TEPUNG WAFFLE FAMOUS WAFFLE

PERALATAN

 

KLIK BUTANG DI BAWAH UNTUK TERUS WHATSAPP KE NOMBOR KHIDMAT PELANGGAN KAMI

MAHAL KE TEPUNG WAFFLE KAMI?

Setiap tepung waffle mempunyai resipi bancuhan waffle berbeza. Maksudnya kuantiti air, telur dan minyak yang berbeza. Jadi, kita tak boleh bandingkan harga 1kg tepung waffle ‘pengeluar abc’ RM7.90 akan dapat KUANTITI WAFFLE yang sama dengan tepung waffle RM9.90 dari kami. PERBEZAAN 1 KEPING WAFFLE yang anda dapat daripada bancuhan waffle tepung kami sudah memberi perbezaan KEUNTUNGAN yang banyak. Jadi JANGAN TERPEDAYA dengan harga tepung waffle walaupun beratnya sama.

Kami dah buat kajian tentang kos dan kualiti bahan yang digunakan. Memang tak sama. Ramai usahawan waffle akan dapat rasa perbezaan lepas guna tepung kami.

Kadang-kadang, tepung waffle lain murah, tapi kuantiti waffle yang anda dapat dari tepung mereka kurang dari kami. Memang kalau anda betul-betul buat kiraan kos, insyaAllah tepung kami lebih menguntungkan. 

NOTA: HARGA TEPUNG WAFFLE DAN BAHAN MENTAH MUNGKIN BERUBAH DARI SEMASA KE SEMASA. PENGIRAAN INI HANYALAH PENGIRAAN ASAS. SILA UBAH KIRAAN SENDIRI BERDASARKAN HARGA SEMASA.

Kalau kira betul-betul baru akan nampak tepung mana yang lebih menguntungkan. Tepung jenama X kat atas ni guna 100ml minyak sahaja berbanding kami 250ml. Dahla harga tepungnya lebih murah dari kami.

Ada setengah tepung tu guna 3 biji telur sahaja untuk 1kg tepung? Nampak jimat juga kan?  

Tapi adalah sebabnya kita letak telur banyak macam tu. Sebab tu kita memang dapat banyak feedback positif. Memang kita buat kajian betul-betul terhadap formulasi tepung kami.

Kuantiti air, minyak dan telur tu memang dibuat kajian dengan teliti dan satu tempoh yang lama. Jangan risau sikit atau banyak, yang penting kualiti waffle yang dihasilkan dan keuntungan yang diperolehi.

Dari segi bahan mentah yang kami gunakan, hanya Allah sahaja tahu betapa kami menitik beratkan halal dan kualiti bahan yang digunakan. Kami sentiasa ambil bahan yang bergred tinggi. Tak menggunakan bahan kimia, bahan campuran, gantian atau tipu. Kami memilih bahan yang betul-betul selamat untuk dimakan insyaAllah.

Play video di bawah untuk kualiti waffle.

TEPUNG WAFFLE ‘UNDERGROUND’

Tepung waffle kami ni sebenarnya ‘underground’. Ramai usahawan-usahawan waffle berjaya yang guna tepung waffle ni untuk bisnes waffle mereka. Namun digunakan secara rahsia. Ya lebih dari 300 usahawan seluruh Malaysia. Memang ramai.

Kalau anda perasan, kami jarang dedahkan testimoni bergambar usahawan-usahawan waffle. Semuanya testimoni melalui whatsapp. Ini bagi menjaga kerahsiaan pelanggan tepung waffle kami. Ini adalah permintaan dari ramai pelanggan kami sendiri.

Usahawan-usahawan yang ambil tepung dengan kami bercerita, ramai betul orang tanya guna tepung waffle apa. Sebab rasa waffle lain dari yang mereka selalu makan. Bukan seorang dua cutomer mereka yang tanya. Berbelas-belas orang dok tanya beli mana tepung. Selalunya mereka takkan beritahu.

Sebagai peniaga, anda mesti nak rahsiakan ‘pembekal’ anda. Betul tak?  Kalau tak sedap, orang tak tanya. Tengok-tengok seminggu dua minggu kemudian dia pulak berniaga waffle berhampiran kita ataupun buat jualan sendiri di mana-mana. Ha sudah!

FORMULASI TEPUNG WAFFLE YANG DIGEMARI

Asalnya resipi buat waffle ni kami ambil di internet pada awal perniagaan kami (tahun 2012). Tapi rasanya dah 90% di ubah dan ditambah baik. Sebab citarasa rakyat Malaysia ni lain dari oversea. Kami ambil resipi dari oversea dulu asalnya. Tapi tak sesuai untuk orang Malaysia punya citarasa.

Kami banyak buat kajian dan penambahbaikan terhadap tepung waffle. Rasanya lepas 6 tahun penyelidikan  baru kami kekalkan formula tepung waffle. 

Fasa pertama penyelidikan (3 tahun) masa kami jual waffle di kedai kami. Berapa banyak pelanggan kami yang datang tak kembali. Tak kena dengan citarasa orang yang suka makan waffle. Tak boleh ikut citarasa kita sendiri. Kita mesti jual apa yang pelanggan nak beli! 

Fasa ke dua (3 tahun) penyelidikan apabila kami mula membekalkan tepung waffle kami di seluruh Malaysia. Apa feedback yang kami terima dari usahawan waffle lain di seluruh Malaysia. Dari segi kos, ketahanan tepung, rasa dan sebagainya. Banyak data yang kami ada tentang penjualan waffle di Malaysia.

HALAL DAN BAHAN BERKUALITI TINGGI

Semua bahan-bahan dalam tepung waffle ni kami pilih dari sumber halal dan cara pembuatan insyaAllah menepati tuntutan syarak. Kami sangat pentingkan sumber barang yang gunakan dan jual di Famous Waffle. InsyaAllah kami sentiasa cuba pastikan bahan-bahan yang digunakan dari bahan yang halal dan berkualiti tinggi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami menitik beratkan soal halal dan kualiti bahan.

Setelah sekian lama berurusan dengan kilang pembekal, baru kami tahu ada banyak bahan tiruan di pasaran sebenarnya. Dan ada banyak barang campuran. Ada pelbagai gred dan sebagainya. Halal dan tak halal. 

Kami juga mendapat konsultansi khas Halal dari pihak Konsultan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bahagian eksekutif halal sebelum kami mendapat pengiktirafan Halal dari pihak Jakim. Selama beberapa bulan kami mendapat one to one coaching, latihan dan konsultansi dari pihak UTM berkaitan cara memproses tepung dengan betul secara industri dan menepati piawai Halal dari pihak Jakim.

Banyak juga yang kami belajar tentang industri halal di Malaysia. Proses kami mendapatkan Halal dari pihak Jakim sangat mudah dan hanya dengan ‘minor correction’. Minor correction di bahagian premis dan dokumentasi sahaja. Tiada isu pada bahan mentah yang kami gunakan.

Ini disebabkan kami adalah 100% syarikat Muslim. Kami cakna tentang bahan halal dan haram dan kami memang mengamalkannya sentiasa. Sehingga ke hari ini, kami masih mengamalkan cara memproses, cara memilih bahan mentah yang dari sumber halal yang diiktiraf pihak Jakim.

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DAN MAJLIS BANDARAYA TEMPATAN

Premis kami setiap tahun selalunya memang ada ‘spotcheck’ dari 2 pihak di atas ni. InsyaAllah tempat memproses tepung waffle kami dalam keadaan yang baik sentiasa. Jangan ragu-ragu sebab sekarang ni banyak kes proses makanan dengan keadaan premis yang kotor.

NASIHAT KAMI

Penggemar waffle di Malaysia ni ada citarasa mereka sendiri. Jangan kita ikut citarasa kita, family atau kawan-kawan kita untuk menentukan rasa sedap sesuatu waffle

Benda ni yang berlaku pada kami dahulu. Kami buat tepung sendiri dan cuba jual. Tanya feedback family, adik beradik dan kawan-kawan. Tak betul sebenarnya cara ini.

Tepung dan jem yang kami jual insyaAllah digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. 

Banyak penyelidikan dan penambahbaikan yang kami lakukan supaya tepung ini menepati citarasa rakyat Malaysia. Jika kita bermula dengan salah dalam bisnes waffle, ia akan menjadi satu perkara yang sangat  merugikan dan menyusahkan kita dalam perjalanan bisnes waffle kita.

KLIK BUTANG DI BAWAH UNTUK TERUS WHATSAPP KE NOMBOR KHIDMAT PELANGGAN KAMI