CERITA KAMI

BAGAIMANA KAMI BERMULA

Dari zaman belajar lagi, kami mempunyai keinginan untuk buat bisnes yang kuat dalam diri. Tengok orang buat bisnes nampak macam bebas dan nampakĀ  macam salah satu cara untuk kaya cepat. Tapi macam biasa, dilema orang yang nak buat bisnes. Tak tahu nak buat bisnes apa.

Pada satu hari, kami keluar berjalan di shopping mall, tiba-tiba nampak satu kedai jual waffle. Sebelum ni tak makan sangat pun waffle ni. Pernah makan waffle tapi, biasa-biasa je la. Bukanlah makanan favourite.

Sekali makan waffle tu, eh sedap pula rasa! Dah start rasa sedap, lepas tu makin kerap lah ulang alik pergi beli waffle bila ada masa terluang.

Dalam pada masa tu, kami masih lagi bekerja dan dah mula survey-survey pasal bisnes waffle. Sebab nampak bisnes waffle macam ada potensi.

Masa hampir 9 tahun yang lepas, whatsapp masih belum wujud, facebook pun masih baru lagi Instagram pun masih belum wujud. Masa tu boleh cari maklumat melalui forum-forum di online dan blogspot sahaja.

Memang hampir tiada maklumat tentang bisnes waffle di Malaysia. Ada 1-2 maklumat macam tu sahaja. Yang ada waktu tu adalah bisnes waffle secara franchise. Memang harga ratus ribu pakej franchisenya.

Kami pun banyak mengambil inspirasi bisnes waffle dari kedai-kedai waffle di luar negara. Ya lah, waffle ni kan makanan orang oversea.

Setelah selesai survey punya survey maklumat di internet, dengan hati yang nekad, berhenti kerja di industri untuk mulakan bisnes waffle.

3 KESILAPAN UTAMA KAMI MASA KAMI MULA DALAM BISNES WAFFLE

Jangan mulakan bisnes waffle seperti kami mula-mula buat bisnes waffle hampir 9 tahun lalu. Kami dah bakar duit hampir ratusan ribu untuk BELAJAR berniaga waffle. Anda tak perlu nak ulang semua itu semula

KELUARKAN MODAL YANG BANYAK

Kami keluarkan modal yang banyak untuk mulakan perniagaan. Renovasi kedai, beli mesin dan peralatan yang salah atau tak diperlukan. Buat packaging yang mahal. Sewa yang mahal. Import peralatan dari China, Italy dan UK.

NAK BUAT DENGAN CARA SENDIRI, UNIK, LAIN DARI YANG LAIN. RASA DIRI PANDAI

Ya, kami rasa kami nak buat sesuatu yang lain. Cipta resipi tepung sendiri. Dulu kami jual waffle yang jenis petak. Import mesin dari luar negara sebab dalam Malaysia tak jual. Ambil resipi dari internet.

Macam-macam lah yang kami buat kelainan dalam industri waffle. Tapi semuanya hanya membuatkan pelanggan tak beli waffle kami dan pelanggan tidak datang kembali lepas membelinya. Sedih mengenangkan semua ini

MASA YANG LAMA UNTUK DAPAT TAHU APA YANG PELANGGAN MAHU

Kami ambil masa hampir 2 tahun untuk ubahsuai resipi tepung waffle kami sehinggalah jadi stabil. Maksudnya pelanggan mula berulang datang kedai kami untuk beli waffle. Kami dah tahu apa yang orang Malaysia suka tentang waffle. Kebetulan lokasi perniagaan kami di shopping mall. Ramai orang Melayu, Cina dan India datang. Jadi dari feedback customer kami perbaiki kelemahan kami.

ZAMAN KESUSAHAN

Dulu nak buat bisnes sebab nak cepat kaya. Nak bebas ada masa sendiri. Itu semuanya hanyalah fantasi dalam perniagaan! Kami hampir tak pernah dengar sebenarnya bagi orang yang baru mula berniaga terus dapat semua tu. Terutamanya orang seperti kami yang tiada asas perniagaan. Tiada orang yang nak guide kita. Tiada mentor untuk bertanya jika ada masalah.

Rasanya kami bekerja hampir 12-16 jam setiap hari selama hampir 3 tahun. Dan tak pernah cuti rasanya! Cuti 1-2 hari setahun (tutup kedai). Sebab peraturan yang sangat ketat berniaga di pasaraya.

Kami mula berhutang, jumpa lawyer sana-sini, catu makanan, air mata menitis waktu malam dengan sendirinya. Stress oii berniaga kalau tak kena cara.

ANDA BELAJAR SESUATU DARI CERITA KAMI?

Kami bukan nak menakutkan anda dari berniaga. Tapi kami cuma nak pesan, jangan buat apa yang dah kami buat. Berniaga waffle dengan cara yang betul. Dengan ilmu yang betul. Buat networking dengan kami. Beli tepung waffle yang kami jual untuk buat networking dengan kami. Takkan tak beli apa-apa dengan kami lepas tu dok tanya macam-macam.

Apa-apa tips, nasihat, panduan semuanya dari pengalaman kami dan pengalaman lebih dari 300 usahawan waffle lain yang ambil pakej dan bahan mentah waffle dari kami. Memang ramai. Memang banyak masalah yang kami semua dah lalui. Dan banyak penyelesaian dan kejayaan yang dah kami tempuhi. Dan sehingga harini kami masih belajar dan terus belajar serta berinovasi tentang waffle. Ini adalah passion kami!

Anda sebenarnya dah shortcut 1-2 tahun perjalanan bisnes waffle anda jika anda bermula dengan kami. Mula buat duit dengan bisnes waffle. Berniaga dengan cara dan teknik yang betul. InsyaAllah boleh berjaya. Ramai yang dah berjaya buat bisnes waffle di luar sana sama ada secara sambilan atau sebagai bisnes utama.

AKHIR KATA

Apa yang telah kami lalui merupakan satu ujian dan rahmat dari Allah. Kesusahan bermula dalam bisnes waffle membuatkan kami belajar mengenal Allah.

Apa yang telah kami lalui membuatkan kami sekarang memang hanya nak tolong orang lain berjaya dalam bisnes waffle. Ini adalah usaha kami di dunia ini. Tidak perlu kemewahan, cukup dengan apa yang ada dan yang paling penting kami ingin memberi manfaat kepada orang ramai.

Apa yang anda lihat kebaikan yang kami buat, semuanya dari Allah. Apa yang anda lihat keburukan dari kami, atas kelemahan dan kesilapan kami sendiri.

Dunia hanya tempat tinggal sementara. Akhirat tempat kita kekal abadi. Untuk berniaga, banyakkan bergantung kepada Allah. Buat apa yang Allah dan Nabi suruh, tinggalkan apa yang di larangNya. InsyaAllah bisnes waffle ni hanyalah perantara rezeki kita dari Allah. Semuanya milik Allah, hanya kepada Allah kita kembali.

“Selamat Maju Jaya Dalam Bisnes Waffle”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.